Blog ini memebincangkan isu-isu kontemporari berkenaan isu-isu yang terkini dalam pendidikan yang berlaku di negara kita , Malaysia. Blog ini di buat untuk memenuhi keperluan Mata pelajaran SME6044 di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Friday, 26 May 2017
Thursday, 25 May 2017
Wednesday, 24 May 2017
Boleh tekan link di bawah..:)
Disini saya sertakan link sahabat-sahabat saya yang turut mengupas berkenaan isu-isu pendidikan yang terkini. Anda bolehlah mengakses mengikut topik tersebut:
1 Isu Akses dan Ekuiti
2. Isu Jurang pencapaian
3.Isu TIMSS dan PISA
4. Isu Kebimbangan Matematik
5. Isu Bahasa Pengantar
6. Isu Kaedah pengajaran
7. Isu Standard pengajaran Profesional
8. Isu
9. Isu Kurikulum
10 Isu Persijilan guru
11. Isu Budaya sekolah
12. Isu teknologi dalam PdP matematik
1 Isu Akses dan Ekuiti
2. Isu Jurang pencapaian
3.Isu TIMSS dan PISA
4. Isu Kebimbangan Matematik
5. Isu Bahasa Pengantar
6. Isu Kaedah pengajaran
7. Isu Standard pengajaran Profesional
8. Isu
9. Isu Kurikulum
10 Isu Persijilan guru
11. Isu Budaya sekolah
12. Isu teknologi dalam PdP matematik
KURIKULUM
PENGENALAN
Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa
mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan
pembentukan kurikulum(khususnya KBSR dan KBSM) adalah didasari oleh falsafah
dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber
inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
KURIKULUM
PRASEKOLAH
Terdapat tiga tahap perlaksanaan kurikulum di institusi
sekolah iaitu pada tahap para sekolah, sekolah rendah dan sekolah menegah. Pada
tahap Prasekolah mula dilaksanakan pada tahun 1992 berdasarkan keputusan Jemaah
menteri 1997 yang bersetuju mewujudkan sebanyak 1131 buah kelas prasekolah. Sementara
itu Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah bersetuju supaya KPM
meneruskan program peluasan prasekolah mulai tahun 2002. Sejak daripada itu
peluasan prasekolah telah dijalankan dari semasa ke semasa mengikut dasar sedia
ada, NKRA Pendidikan dan juga cadangan peluasan dalam RM Ke10.
Akta
Pendidikan 1996 memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan merangkumi
Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas
Menengah dan Pendidikan Tinggi. Menjadi tanggungjawab KPM untuk memberi
perhatian yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini.
Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan aspek-aspek penting mengenai prasekolah,
iaitu penubuhan tadika, kuasa Menteri menubuh dan menyelenggara tadika,
kurikulum prasekolah, bahasa pengantar, pengajaran Agama Islam dan sebagainya.
Dari segi
pendemokrasian pendidikan, dasar yang khusus membolehkan kanak-kanak menikmati
peluang pendidikan prasekolah tanpa mengira pendapatan keluarga, kawasan tempat
tinggal dan kumpulan etnik termasuk kanak-kanak dengan keperluan pendidikan
khas (Children With Special Education Needs).
Di antara prinsip-prinsip asas dasar
ialah menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak yang
berumur antara 4 dan 6 tahun. Memastikan penggunaan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan. Guru-guru prasekolah hendaklah mempunyai latihan dalam bidang
pendidikan prasekolah. Memastikan kemudahan fizikal dan peralatan bersesuaian
dan berkualiti dibekalkan. Satu mekanisma naziran dan penyeliaan dijalankan.
Kerajaan juga memastikan semua institusi pendidikan prasekolah mematuhi
Peraturan-Peraturan Pendidikan Prasekolah 1996 seperti yang diperuntukkan dalam
Seksyen 24, Akta Pendidikan 1996.
Pendidikan Prasekolah menggunakan konsep
iaitu satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang
berumur 4+ hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum
memasuki ke Tahun Satu.
Matlamat
Pendidikan prasekolah adalah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam
semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif
sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyenaraikan beberapa objektif
perlaksanaan Pendidikan Prasekolah diantaranya ialah:
·
Mempunyai sifat peribadi,
perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang
patriotik,
·
Menggunakan Bahasa Melayu dengan
betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
·
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam
kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
·
Mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
·
Mempunyai kemahiran kognitif
untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
·
Mempunyai kematangan emosi dan
kemahiran sosial,
·
Mempunyai daya kreativiti dan
estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.
·
Menggunakan Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan
bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil
·
Mengamalkan nilai-nilai Islam
dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
Untuk memasuki
Pasekolah terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti yang telah
ditetapkan didalam Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun
2012 iaitu kemasukan PraSekolah hanya
untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK (Jawatankuasa
Pemilihan) yang dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah,
Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.
KURIKULUM SEKOLAH
RENDAH
Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun
iaitu bermula darjah 1 sehingga Darjah 6. Selalunya kanak-kanak yang bermula
darjah satu adalah yang berumur 7 tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan
sambungan kepada Prasekolah.
Kanak-kanak pada tahap ini akan didedahkan dengan
cara membaca, menulis dan mengira. Selain itu juga , mereka turut didedahkan
dengan subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan
Islam dan moral.
Di akhir Tahun 6, mereka akan menghadapi satu ujian
yang dinamakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ujian tersebut akan menguji:-
·
Penguasaan kefahaman, penulisan
dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
·
Penguasaan kemahiran matematik
·
Penguasaan konsep sains
Subscribe to:
Posts (Atom)